Assalamualaikum dan salam sejahtera, UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010, merupakan program yang julung - julung kalinya diadakan di UTM. Tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan Amateur Radio dimata IPT serta menguatkan ikatan antara pengendali radio amatur amnya dengan menjurus kepada aktiviti "directional finding". Dengan program sebegini, kami berharap agar orang awam sedar akan kewujudan, kepentingan, keperluan dan kemajuan radio amatur kini.
Amateur Radio Directional Finding (ARDF) merupakan salah satu daripada aktiviti "outdoor"warga ham yang sangat berfaedah kepada warga ham serta orang awam. Aktiviti ini memerlukan stamina yang secukupnya dan "skill" yang mantap bagi menguasai permainan ini. ARDF merupakan aplikasi mencari arah menggunakan radio. Dengan berbekalkan radio, antena "yagi" dan kompas, peserta mampu mencari beacon yang tersembunyi berdasarkan pada "signal bar" pada radio.
Umum tahu bahawa, setiap warga ham mempunyai semangat yang luar biasa. Mereka menggunakan radio untuk hobi namun pada masa yang sama mampu menjadi sukarelawan komunikasi ketika diperlukan. Dengan semangat berani mencuba dan saling bantu membantu, mampu memajukan arena radio amatur Malaysia. Berbekalkan teori dan pengalaman, warga ham mampu membuat sendiri antenna termasuk antenna untuk berkomunikasi dengan International Space Station (ISS) dan pelbagai lagi. Ini membuktikan warga ham mampu berdikari dan memajukan diri serta komuniti ham amnya.
Dengan wujudnya program seumpama ini di bumi UTM ini, harapan kami agar dibumi UTM ini dijadikan medium pertukaran dan perpindahan ilmu bagi menaiktaraf teknologi serta ilmu sedia ada. Warga ham amnya, kaya dengan pelbagai pengalaman mengendalikan peralatan, dan warga IPT kaya dengan teori perlaksanaan, jika kedua- duanya digabungkan, ia bakal melonjak dan memajukan radio amateur itu sendiri..... jom kita cari musang....
Picture
Sunday, November 8, 2009
Introduction
Posted by pidot86 at 5:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment